13 March 2013

GUGURNYA PERWIRA-PERWIRA NEGARA



SENARAI NAMA PERWIRA YANG GUGUR:

 Wednesday, 13 March 2013

OPS DAULAT

1 Mac 2013 – ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69

1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69

2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.

2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 – Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

2 Mac 2013 – Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

12 Mac 2013 – Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

12 Mac 3013 - Prebet Ahmad Farhan Ruslan ,21 , dari Batalion 3 RAMD, Sabah 
 

PARAJURIT


inilah barisan kita~~ utk pejuang2 di sabah




http://www.youtube.com/watch?v=0r0jifQptcs

INILAH BARISAN KITA.

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-perajurit-tanah-air-inilah.html#ixzz2NNtgmRje
 
hari nie 13/3/2013 tarikh yang cukup cantik, susunan number yang teratur tp ada berita yang sedih di sampaikan dari sabah. hari nie( semalam 12/3/2013) gugur nye dua parajurit kita dimedan tempur. salah seorg daripada anggota keselamatan (askar) adalah dari kem yang sama dengan 'pakcik' aku bertugas dan dia jua turut terlibat dalam operasi di lahad datu tu..kumpulan dari kem diorg mmg berada di barisan hadapan dalam operasi kali nie. tp ingatlah jasa mu para perwira besar ertinya bagi kami rakyat biasa.
seorg lagi parajurit yang gugur dari kem berdekatan juga. dua2 kem dari sabah. parajurit ini gugur akibat kemalangan semasa hendak menghantar makanan kepada anggota keselamatan yang bertugas..jasamu jua turut tiada nilainya dengan aper22 pun..terima kasih aku ucapkan.
 
jasamu wahai parajurit sekalian tiada tolak bandingnye,
pengorbanan wahai parajurit sekalian tiada harganye,
hidupmu matimu hanya itu dimindamu,
ikrar matimu hanya utk negara,
semuanya untuk anak bangsamu di masa hadapan,
terima kasih wahai perwiraku,
kaulah segalanya dalam bumi malaysia ini,
 
 

12 March 2013

SABAH diceroboh




12 FEB 2013
 
hari nie cukup 1 bulan pencerobohan keatas negeri dibawah bayu. walaupun hari nie baru aku nak tulis cerita nie xsemestinya baru hari nie aku tahu pasal kejadian nie.tiba2 hati terdetik utk menaip pasal cerita-cerita yang berkaitan dengan pencerobohan di sabah nie.

12 feb 2013 tanggal pertama kejadian kemasukkan wakil dari ' kesultanan sulu' yang di iktiraf org diri sendiri. ader ke sultan leh iktiraf diri dia sendiri.. mental suda sulu nie..hahahha :-p

dan hari nie

12 march 2013 pihak berkuasa keselamatan malaysia mengiktirafkan kawasan felda tanduo dah bebas dari penceroboh. tapi usaha menjejak saki baki penceroboh terus terus terus dicari di kawasan felda kampung tanjung batu dan sungai bilis. seingat ak, geng2 pencerobih nie ramai sangat dah le dah berpecah ke kawasan2 kampung sekitar. harap pihak keselamatan dapat tangkap la diorg semua nie. amin2 moge2 di permudahkan segala urusan pihak POLIS dan TENTERA ni.
HERO VAT69

 

5 MARCH 2013 (para 10 turun ke bumi sabah)


 POLIS PGA


Pakaian seragam penceroboh sulu


untuk pahlwan/perwira yang gugur dimedan perang aku doakan moge rohnye di tempatkan dikalangan sahabat2 nabi yang mati syahid dan dikalangan org2 yang beriman..amin. JASA KALIAN TIADA TOLAK BANDINGAN..JASAMU TETAP RAKYAT MALAYSIA KENANG SAMPAI BILA2..




ASKAR
 
AKU BANGGA KALIAN SANGGUP BERKORBAN NYAWA DEMI KEDAULATAN NEGARA DAN RAKYAT DI NEGARA NIE..

TERIMA KASIH AKU UCAPKAN.

kepada tentera, polis, tudm, tldam, apmm, marin dan sebagainye anda mmg rakyat mesia la.terima kasih banyak22 tau...sayang selalu..hahahah

kepada askar2 yang bertugas disabah.jasa mu ku titip dihati..



Lingkaran api pasific


20 February 2013

DIET: NAK GEMOK aka NAK COMEL




BAHAN-BAHANNYE

hahahah...tajuk xleh blah betoi.ak sendiri yang tulis ak sendiri rase macam geli-geli ja ayat tu..hahahah

Nak gemok aka Nak comel..hahahaha..kali nie nekad dalam diri aku nak gemok amat kuat sekali, smpai sanggup suh kawan ak timbang berat badan guna penimbang herbalife tu...segala benda yang kita nak tau pasal badan dia kan paparkan..
tapi yang kecewa nye, sudah tentu la berat badan aku nie 'very small'..hahaha...umur dalaman 17 tahun seh, padahal akikatnye hahahha..tuan badan je tau..
ok..meh ak citer  sikit aper yang berkurangna dalam diri aku nie, first2 bile dah ciap check, rupe-rupenya dalam badan aku nie kurang kalsium nie masalah yang paling besar la.. sbb badan yang ideal kalsium mstlah tinggi dalam badan sbb kalsium sangt penting utk kekuatan tulang dan badan. jadi ak kena la berusaha makan-makan benda yang mmpunyai kalsium yang tinggi salah satunye bolkali, kekacang dan yang pling ak yakin ak leh minum ialah yogout.huhuhu..

jadi bajet untuk bulan depan ialah beli benda yang berkaitan dengan klsium..hahaha..< habis lagi duit ak> hahahah

18 February 2013

DIET : ISI KANDUNGAN



APA SUDAH JADI....
Isi kandungan kalori dalam makanan..

Makanan Karbohidrat

Nasi putih (2 genggam) = 222 kalori
Nasi lemak bersambal (2 genggam) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (2 genggam) = 635 kalori
Nasi briyani (2 genggam) = 448
Nasi ayam (2 genggam) = 278 kalori
Nasi dagang (2 genggam) = 508 kalori
Nasi tomato (2 genggam) = 347 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee Bandung (semangkuk) = 339 kalori
Mee Kari (semangkuk) = 318 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Kueh tiaw goreng (sepinggan) = 582 kalori
Pulut (segenggam) = 185 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Roti Naan (sekeping) = 308 kalori
Roti putih (2 keping) = 156 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Tosai (sekeping) = 205 kalori
Emping jagung kosong (secawan) = 160 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang hijau (semangkuk) = 100 kalori

Makanan Protein

Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Telur rebus/separuh masak (sebiji) = 78 kalori
Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Satay daging/ayam (5 cucuk) = 180 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
Tempeh (secawan) = 320 kalori

Kuih-Muih / Snek

Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Kek keju (sepotong) = 257 kalori
Keropok (sebungkus) = 430 kalori
Kerepek/rempeyek (sebungkus) = 350 kalori

Buah-buahan/Sayur

Sup Sayur (1/2 cawan) = 30 kalori
Sayur goreng (1/2 cawan) = 85 kalori
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Pear (sebiji) = 53 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori
Rambutan (5 biji) = 50 kalori

Minuman (segelas)

Air kosong = 0 kalori
Teh tarik = 83 kalori
Milo ais = 178 kalori
Kopi + susu = 143 kalori
Nestcafe + susu = 94 kalori
Sirap bandung = 150 kalori
Air soya = 60 kalori
Jus oren = 112 kalori
Jus Tembikai = 80 kalori
Air Tebu = 184 kalori
Air Kelapa = 110 kalori
Air berkabonat = 120 kalori
Air Kotak = 105 kalori

$$$$ awas bagi yang inginkan berdiet, buatlah pilihan yang terbaik..kekalkan displin dalam pemakanan sure anda akan nampak seperti artis kegemaran anda...hahahah

selamat mencuba...

DIET: NAK GEMUK


Tip nak gemuk bukan tip nak kurus tau..baca elok-elok... :-)

# org sibuk-sibuk nak kurus ak sibuk-sibuk nak gemukkan badan, sebenarnya bdan aku nie kurus, ramping jo sbb tu la ak nak up sikit badan nie, kalau dah pakai kebaya pun nampak sekeping jo, mau x berazam tinggi nak gemok.xcantik la, lau pakai baju kebaya nampak macam papan jo...ak nak gak feeling2 jadi super model jap...hahaha< berangan xsiap>

ok sekarang ak nak bg tips sikit macam mana nak gemokkan badan nie, untuk org- org yang jenis aku la..masalah nie kita pangil dia, masalah metabolisma tinggi, jenis penyakit yang cepat rasa nak berak, makan sekejap xsampai 5 minit lapor balik..nie la dia jenis2 manusia yang metabolisma tinggi tp kelebihan dia, mmg sentiasa kurus la, tak payah nak cari ubat diet yang pelik2 tu.semua nie bergantung kpada gaya hidup dari segi pemakanan jo.lau korang jaga betoi2 sure masalah nie x jadi..

Bagi Anda yang cuba nak stabilkan metabolisme tinggi,anda boleh cuba tips dibawah ini.

1)Jangan buat senaman banyak sangat.
2)Kalau nak bersenam juga, bersenam yang ringan-ringan je.macam jalan kaki ke,berkebun,jangan buat senaman yang berat seperti main bola.
3)Amalkan Qailulah (Tidur sekejap sebelum zohor, sunnah Rasul SAW) ataupun tidur lebih sikit,sebab metabolism rendah masa tidur.
4)Elakkan atau kurangkan makanan/minuman berçaffaein'seperti kopi,teh,gula-gula.
 
cara-cara untuk stabilkan metabolisma dalam badan : seperti dibawah
 
Artikel :
 
Stabil Metabolisme dengan Pengambilan Lemak di waktu Pagi
Jika selama ini sarapan Anda lebih banyak mengandungi karbohidrat, ada baiknya Anda mulai menggantilannya dengan makanan yang mengandungi lemak.Ini kerana, lemak tersebut akan diubah menjadi tenaga dengan efektif dan membuat pilihan jenis makanan sepanjang hari akan lebih bijak.

Para peneliti mengatakan, sarapan pagi sarat dengan kandungan lemak dari daging asap(bacon) atau telur boleh menjadi cara paling sihat untuk memulakan aktiviti. Pengambilan makanan pada waktu pagi, selepas tidur sepanjang malam,seolah-olah mampu memprogram metabolisme badan sepanjang hari, kata para penyelidik.

Seperti pepatah lama yang menyebutkan, "Sarapan pagi seperti raja, sarapan pagi seperti putera dan makan malam seperti orang miskin", kemungkinan besar adalah nasihat terbaik untuk diikuti guna mencegah sindrom metabolisme, menurut kajian dari University of Alabama at Birmingham Study (UAB), seperti dilansir Telegraph, Rabu (31/1).

Sindrom metabolisme dikenali dengan gejala kelebihan lemak pada perut, kadar trigliserida yang tinggi, resistensi insulin dan berbagai faktor risiko penyebab penyakit kardiovaskular.

Penelitian yang diterbitkan secara onlinedi International Journal of Obesity, Selasa (30/3), meneliti pengaruh yang diberikan dengan berdasarkan jenis makanan serta makanan pada ciri-ciri pembangunan sindrom Metabolisme pada tikus.

Para peneliti mengungkap, tikus yang diberikan makanan tinggi lemak setelah bangun tidur memiliki profil metabolisme yang normal.

Sebaliknya, tikus yang mengambil lebih banyak makanan tinggi karbohidrat pada waktu pagi dan mengambil makanan tinggi lemak menjelang malam, justru mengalami peningkatan berat badan, tampak kegemukan, intoleransi terhadap glukosa dan pelbagai gejala dari sindrom metabolisme.

"Penelitian kemudian meneliti jenis dan kualiti dari pengambilan makanan, namun tidak ada yang mempertanyakan waktu dari makanan jenis apa dan bila mengambilnya mempengaruhi berat badan. Meskipun, diketahui tidur dan rentak tubuh mempengaruhi berat badan," ujar pemimpin peneliti sekaligus Profesor dari UAB, Molly Bray.

Molly menjelaskan, pasukan peneliti menemukan, pengambilan lemak setelah bangun tidur di pagi hari dapat mengubah lemak menjadi efisien bagi tubuh dan juga mempengaruhi kemampuan binatang percubaan untuk merespon berbagai jenis makanan pada waktu makan selanjutnya.

Sementara itu, binatang yang diberikan karbohidrat pada pagi hari, metabolisme karbohidratnya aktif dan tampak tak berubah, meskipun mereka diberikan berbagai jenis makanan lain sepanjang hari.

"Makanan pertama yang Anda ambil, tampaknya akan memprogram metabolisme tubuh hingga sepanjang hari," ujar peneliti senior, Martin Young.

Penelitian ini mengungkap, lanjut Martin, jika Anda mengambil makanan tinggi karbohidrat pada pagi hari maka akan membuat tubuh menggunakan karbohidrat sepanjang hari. "Sedangkan, jika Anda mengambil makanan tinggi lemak semasa sarapan, maka metabolisme tubuh akan menyediakan tenaga dari karbohidrat dan lemak," jelasnya.

rujukan forum cari,republika.co.id


06 February 2013

Kerja sambilan : FREELANCE DRAFTER


DRAFTER ...



gambar sekadar hiasan

tiba-tiba nekad ku sebulat buluh bentong nak belajar autocad.. 'mammy adik nak p khusus blajor autocad boleh tak..sambil guling-guling atas kapet mc citer setia hujung nyawa'..hahaha..harap-harap mammy bagi la uwang nye..

antara sebab ak nak blajor autocad ni :

1) nak tambah pengalaman dan nak tau aper benda alah nie sebenarnya
2) nak tambah duit poke, nak beli iphone 5...hahahahahah < nekad betoi2 nie>
3) nak kija. nak kija.. bosan dok melangot je...
4) mc bes jo software ni...hahahaha..< alasan paling bosan>
5) semua syarikat skrg nak pakai org yang pandai gune autodac xkisah la  2d k 3d ka semua laku seh...
6) ak suke blajor benda2 yang berkaitan dengan sofware ni..hahaha < tb2 ak teringat mmber2 puji ak sbb cepat pikat lau main dengan software> padahal ..lembat mc sipot jugak..hahaha

dah2 cukup la alsan tu..sekarang ak nk kne p cari cd autocad 2012, sbb dlm laptop ak nye ader yang versi lame..jd akak yang nk mngajor tu pakai 2012 jadi kena patuh la dengan SIFU..tp ak rase rugi toi x bljor time bljor kat sekolah dulu..tu la sekolah aku dulu napa la xbuat khusus utk autocad nie, lau xskrg sure ak leh design umah ak sendiri dh..< rumah idaman>

kesan-kesan x bljor autocad dulu.:

ak ingat dulu dlm subjek UT, kter orang kena buat design untuk electrical dalm umah, ken la guna autocad, hbs semua geng macam jakun je dlm sftware ni, jd suh org lain la buat, yang jadi mangsa nye adik kawan ak..adik cik ayin kakshi..hahaha..nice to cee you..hahaha

selamat mencube dan selamat berjaya


29 January 2013

RM200 : MEH BELI SMARTPHONE MURAH2


Samsung Galaxy 3 Mini, HTC Butterfly dan Sony Xperia Lipo.


smartphone: HTC, SAMSUNG, SONY and IPHONE 5

Dengan hanya mengisi borang permohonan penggunaan duit kerajaan sebanyak RM200 anda bakal menikmati baucer dan juga dapat bawa pulang smartphone pujaan hati anda.Tp sebelum anda beranggan dengan lebih syok lagi setiap barang yang diberikan dengan harga yang murah pasti di sertakan dengan syarat2 nye..salah satunya anda perlulah mengambil langgan daripada mana syarikat GSM/ TELCO yang di iktiraf.Contoh syarikat GSM/ TELCO adalah seperti CELCOM, MAXIS, DIGI...yang lain2 tu saya xpasti.

Memandangkan sy ni pengguna tetap celcom jadi, saya sertakan beberapa package yang celcom berikan kepada yang menggunakan duit kerajaan RM200 ni.

Ni adalah potong harga yang diberikan oleh celcom kepada sesiapa yang teringin nak guna samsung galaxy s3 mini.Dari harga RM 1199 kepada RM 588...banyak berbaloi maaa...tp dibawah ini disertakan package dan cara bayaran bulanan untuk telefon jenis ini.


S3 MINI


Bayaran kontrak dengan celcom
Untuk peminat HTC mobile, nie adalah model yang paling latest dan dia punya screen perrrr....leleleehhh...super FULL HD. screen yang paling tercanggih diantara dua-dua jenis smartphone yang sy bincangkan.memang letopzzz la sapa yang mampu beli smartphone ni.
Harga phone ni hanya dari RM2299 dan anda hanya perlu mmbayar RM1468 lepas angkat bawk balik umah la weiii....tunggu apa lagi.. :-)


HTC Butterfly

Kontrak dengan celcom

Last, Sony Xperia Tipo. yang ni harga nya dah memang murah, dengan harga runtuh yang celcom bagi nie. maka lagi la murah harga nye. Hanya bayar RM88 ringit jo.


Sony Xperia Tipo
 
Kontrak dengan celcom


** nikmati kadar terendah dengan CELCOM.hehehe  
     dok melepak kat DIGI tp guna celcom.hahahah.
** DIGI bersamamu..xkan berpisah dari tempat duduk.


22 January 2013

Jakun : Nuffnang


 Nuffnang

Fungsi utama nuffnang nie, Korang boleh tengok Pageview korang dalam sehari. tak pun  seminggu, or sebulan.
Dan yang paling istimewanya. Nuffnang jugak, boleh buat duit. Tapi , korang kena selalu aktif dengan blog lah . Kalau ramai yang view, komen kat blog korang maka dapat la income yang banyak cikit.. berbaloi tak!!! hehehe 

1. Korang masuk WEBSITE INI > http://www.nuffnang.com.my/


2. Klik Bahagian ini (sign up as blogger):

3.  Fill in Form Registration tuh . Tick Semua kotak yang bahagian Bawah sekali tuh . Masukkan huruf yang sepatutnya , dan klik sign me up !

4. Bila dah klik Sign Me Up tuh , akan keluar macam ini taw ? :
 

5. Kan ada Emel Korang tuh ? Log in masuk dekat Emel korang tuh . Tak kiralah . YahooMail ke , Gmail ker . Ikot korang punya emel . Ok ?

6. Lepas dah log in , Check Inbox. Ada Nuffnang hantar satu email suruh Verify . Klik pada link seperti yang tunjukkan di bawah ini :

 

7. Bila dah click , korang patah balik , tengok No.4 !
8. Korang CLICK HERE dekat situ ATAU masuk balik webstie nuffnang tu :)

9. Log in balik. Letak Emel Dan Password

10. Lepas dah log in . Kan ada benda ni kan ? Korang KLIK pada yang DIkotakkan
 (BLOG MANAGER) tuh.

 

11. Korang Fill in Blogger BioDATA tu, Then, Click SUBMIT

12. Lepas tuh , akan keluar warna2 hijau ? Korang fill in lah Blog Name korang , URL dan tekan Add New Blog .

13 . Then , akan keluar SATU SURVEY ~ 

14 . Fill in SURVEY tu :) jawap dengan hati yang tenang dan berlakulah jujur sikit.

15. Then, tekan SUBMIT !:)

    lepas tu, aku kan ajar, cara nak letak iklan dalam blog ! :)

1. Nampak tak icon nih ? Klik dekat situ :

 

2. Ada nampakkan kod-kod tuh . (Leaderboard , Sidebar , Between Contants!)
 
3. Letak di Leaderboard (Atas Header) :

=> Log in > Dashboard > Design > Edit Hmtl  Tick Expand Widget Templates
=> Tekan Ctrl F dan cari kod ini :
=> Copy Kod LeaderBoard , then , paste di bawah kod yang korang carikan tuh :) 
=> SAVE !!


4. Letak Di Sidebar :
=> Dashboard > Design > add a Gadget > Html/JavaScript
=> Copy Kod untuk sidebar pulak 
=> Paste pada ruangan Html/JavaScript tuh :)
=> Then , SAVE !!


5. Letak Between Contents :

=> Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Templates
=> Tekan Ctrl F serentak , dan cari kod ini :
=> Copy pulak kod between contents tu.
=> Paste atas kod yang korang cari tadi tuh , ok ? 
=> SAVE !!!

Sekarang cecube tengok blog korang baik2.sekarang dah ada iklan nuffnang ! :)

Selamat Mencuba .

selamat pagi cinta : amar asyraf

bangun pagi tiba-tiba sel saraf dan otak aku ni bergabung suh menatap gambar cinta hati aku sorang nie.
Nape la kamu sangat ensam bila berambut pendek, dulu masa rambut kamu macam 'awan nano' xder pula aku rse sebahgia macam ni.huhuhuhuhu...< tiba2 jadi meroyam plok pagi nie>


amar asyraf...saper x knl oii...pelakon lelaki yang tengah hangat sekarang nie, macam jual pisang goreng tepi kilang yang ramai dengan orang2 kampung.....hangat2. saksikan cerita 'setia hujung nyawa' sure anda xkn kerugian.

jom kiter tengok gambar zain aka amar asyraf  dengan elsalina
zain dengan rambut 'awan nano'


zain 2013 dengan elsalina

ok dah cukup la tu untuk pagi nie...mulakan harimu dengan senyuman. moge rezeki makin bertambah..


 



21 January 2013

SC : AKU


aku.aku.aku.

aku..tu la singkatan name blog, email, ym dan segala yang berkaitan dengan tuan punya badan..tp bukan 'aku tuan blog nie' tp org lain..

aku..ku kau akan kembali..

aku.
aku
aku.
berkenalan selama 2 tahun selepas dibahgi dengan 2..sangat bermakne dan xmudah untuk dilupuskan dalam hard disk nie..
moge aku dan muncul kembali.

AKU

RE-UPDATE BLOG


tiba-tiba hari nie aku rajin lak nak update blog, tukar background, upload gambar dan lain2..motif utama aku adalah nak masuk contesto 'blog paling cantik' hahahaha. < cantik ker blog aku nie> hahahah
aku harap ader la tempat dalam contesto nanti, xmemerlukan vote dari blogger lain cume diperhatikan oleh tuan punya blog yang buat contesto tu je, jd selamat la ak dari sesi penyikiran...hihihi...
mudah mudahan dapat top4 free pun jadi la....ok..byeee...

lom cube lom tau, lau dah cube senyum je laaa.... :)

TYPO


Pelik betoi la, awat la banyak sangat typo dalam blog aku ini. Nak kata ak fail dalam subjek BM masa SPM pon rasenya tak kot, dapat A+++ lagi.
hoi..
hoi.
hoi typo nyah ko dari sistem penulisan aku nie..berambus.berambussss..

< giler tiba2 mara kat keybord lak> huhuhu..

mungkin sb kalut sangat nak taip tu yang eja pun salah, buat malu  'makk je nyahhhh...
jadi lepas ni ak nak taip slow-slow ja.macam kura-kura..

(biar lambat asalkan orang paham time baca) PEACE YOOOO  :)

18 January 2013

BERADAS





tip.top tip top...

::
::
::
::
buang pengecas laptop..cabut nyawa tetikus.
::
tengok kiri tangok kanan
:: angakat laptop
:: cabut lari..hahahaah
::
::
bye waktu bekerja dah habis dah. boleh pulang

DEMAM BOLA.


final piala malaysia. ( update 18/1/2013). tarikh kejadian 20/10/2012




Ape kaitan gambar diatas dengan entry yang akan aku tulis sebentar lagi ini. banyak khazanah dan 'kenangan-kenangan indah' la sangat kan...hahahah...
jom mai pakat ramai-ramai ..LISTEN..LISTEN..LISTEN apa yang aku nak khabor ni..

kejadian tersebut :

kelantan vs ATM.

***kelantan negeri kelahiran aku dan anggota-anggota ATM la paling ak
      xsuke.tpppppppp :)
.
.
.      tp la kan...tp la kan... bakal org rumah aku geng ATM..ape kisah ni.
       xsuke,benci,menyampah alih2 tang tu jugak yang sangkutnya..< jika dia jodohku>

*** aku dapat tiket freee + VIP SEAT....tp sayang seribu kali sayang, perlawanan ini hanya main kat stadium shah alam jo, xder la beza sangat tiket VIP dengan VVIP.hahaha....

*** paling bess...ni la first time aku jejak kaki ke stadium selama hidupku ini..ini pun lepas kena basuh, gosok dan siap iron lagi dengan member2 ak yang kaki bola..walaupun org rumah aku xkasi, dengan menggunakan ilmu dan kepakaran memujuk, merajuk dan merajuk alih-alih dapat la juga aku pergi cuci-cuci mata abam2 botak kat stadium tuuu... :) < tb2 niat tersalah >

*** tengok bola kat stadium memang lain rasenya berbanding di umah, kat stadium nikmat dan rse keseronokn, kepuasan time geng kita minat masuk gol lagi terase seh, lau kat umah suam-suam kuku jee...< pemalu katakan >...tp lau tengok kat umah leh dok terlentang, terbaring, xterdedah dengan bau2 hangit, bau asap rokok, bunyi bising..macam2 laa....tp semua itu...besssss.....last colllll..

GOLLLL GOL...GOLL..akhirnya ka dh x minat MAK YOOO ak WAK lan..
huhuhuhu...

yang berkaitan dengan entry aku hari ialah ATM Vs JOHOR DARUL TAKZIM HUHUhuhu...

ak nk tunggu saper yang buat kejutan, johor ke atm..harap2 atm la..hari punya game ak sokong ATM..hehehe

WATCH IT !!!!!!!

07 January 2013

homeless


iklan

""""sape2 ada memerlukan roomate yang baik hati, rajin, rajin kemas bilik, rajin basuh baju. sila la PM saya dengan kadar segara. kerana saya takut anda akan menyesal jika iklan ini suda tamat tempohnye dan ada kehilangan bakal roomate yang tercukup-cukup rajin ini""" LAI222.....mari dekat2


hahahahhahahaah....macam ape daa buat iklan nak cari bilik untuk sewa.

04 January 2013

SETIA HUJUNG NYAWA




Sinopsis novel Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari?Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun.Zain pulak hensem, caring .Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat-saat majlis perkahwinan mereka.Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya.Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga.Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu.Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.

Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?
Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex  adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain. Ermmm very sweet couple!Janji sehidup semati.


UPDATE DRAMA SETIA HUJUNG NYAWA

ENJOY UR SELF:.... CC to...THANKS FOR THIS BLOG 

 http://www.fuh.my/2012/


SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 1

SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 2

SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 3

SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 4

SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 5   sini